Category Archives: gi jejalan je…

di selangor

hari ni..20 hb..aku kat kl..ada kerja sikit kat ibm dan tmnet..biasa la..nak carik makan…well aku sampai semalam..dengan keluarga aku..kita orang sampai kat rumah kakak ipar di sungai buluh pada pukul 1.40 pagi..biasa la..aku lebih suka drive malam..bertolak dari kamunting pada jam 8.30 malam…he..he..he..

kakak ipar aku ni dok kat paya jaras hulu dekat dengan bakar arang nih..area sungai buluh..tompek orang jawo…best jugak tempat ni..aman je..

depan rumah kakak ipar, anak aku dengan anak kakak ipar..

cermin belakang keta kembara abang yus pecah..retak seribu..camna jadik aku x tau..tapi sure ada punca..mana mungkin xder punca..tengah hari baru derang sedar..huh..nasib-nasib..mau cecah rm 400 kalau nak tukar nih..

retak seribu…

petang ni aku bercadang nak ke rumah abang mior..lama dah x dengar berita dari derang ni…maklum lah semenjak dok kat rawang ni…

bersambung….

aku sampai ke rumah abang mior jam 4 petang..xder jauh mana dari sungai buluh…derang la ni dok kat bandar tasek putri…rumah kat sini suma 200k above..tapi nature building dengan material memang xder kualiti..kalau kat kedah jangan harap le bleh laku jual..

just chit-chat kat sana..kak salmah masak nasi ayam…sedap jugak..tapi sebab dah makan kat rumah kak ipar sebelum keluar..so kureng la selera…

abang mior baru pulih dari sakit angin pasang…sebab utama terjadi kerana suka sangat minum nescafe…huuh..aku memang x suka nescafe..

bergambar depan rumah..

kami sekeluarga beredar dari rumah kak salmah pada jam 7 petang.. dan kami cuma sampai ke rumah pada jam 12.20 tengah malam..sebab singgah tidur dulu kat r&r sungai perak pada jam 9.40 sebelumnya…

letih..tapi lega…

kos? herm..minyak petrol rm 80, makan-makan rm 30, tol..60..dan sure ada plus minus…tapi cam biasa..senang kira..so aku lumsum kan…

Advertisements

di pangkor

pulau pangkor…sapa x tau jangan dok kat perak la…wakakaa…aku pi sini pada 5 hb lepas..bulan 5 jugak la…saja buat day trip…pagi kita orang naik kereta dari umah aku…

jalan sunyi je sebab masih pagi…sarapan kat changkat jering..pekena mee rebus dan makan nasik lemak 50 posen…then baru jalan….

naik feri..ke pangkor..feri ni murah je….x sampai pun sepuluh ringgit..so dont worry…be happy…tapi yang boring nya..kena menunggu…hu..hu…

tengah tunggu feri mai…

nanti sambung cerita..

sambung balik…naik feri setengah jam kemudian…xdr yang menarik yang nak di ceritakan…tengok gambo je lah…

dalam feri…

makan dekat 45 minit jugak la baru sampai pangkor…dan feri ni adalah pengankutan utama kalau nak ke pulau ni..selain tu boleh naik bot, tongkang atau sampan je…lain dari tu xder…

pengankutan utama kat sini adalah teksi…kereta sewa x berbalui kalau nak ambik..ada juga moto sewa…satu permandangan biasa adalah macam kat pulau-pulau lain jugak..teksinya adalah van..so kat sini pun sama..caj…rm 10  bagi sehala untuk 4 orang…kami memang dah 4 orang..so kira satu teksi la..

teluk nipah..ha ni la distinasi kami pada hari ih..

pantai teluk nipah…

cantek pantai nih..dan agak bersih la..cuma pada masa kami datang nih..ada air pasang beso..so x berapa sesuai kalau nak mandi kat pantai..sementelah pulak wife aku x pandai berenang…air cetek pun bolehnya lemas..apalagi kalau ombak beso…

so kita just pekena laksa kat tepi jalan..best laksi kat sini…makan pulak dengan air kelapa…kos? murah je..laksa baru rm 2 semangkok dan air kelapa baru rm 1 segelas…harga patut la…

gerai laksa..best laksa kat sini…

kat tepi pantai ni sekarang banyak betul gerai…jual macam-macam la..dari kain baju hingga kepada buah tangan perhiasan..shopping mata best la…

gerai di sepanjang jalan di pantai teluk nipah

kitaorang balik pada jam 4 petang…xder membeli apa pun..cuma baju sepasang dua je…then trus balik ohya..lupa nak kasitau…kat jeti lumut, parking kereta kena sewa rm 10 bagi sehari….banyak tempat park di sediakan..so pepandai la cari mana yang sesuai…

kos bagi trip ni..dalam rm 150 je..

di langkawi

ru 17 haribuan..sampai jugak ke langkawi dari kuala muda kedah….boring itu ayat pertama yang boleh di luahkan..nothing new selepas hampir 5 tahun x jejakkan kaki kat pulau ni…

ni muka tengah boring tunggu feri nak mai…

naik feri pada pukul 2.30 ptg dari kuala muda dan sampai 1 jam setengah kemudian…ambil kereta sewa..iswara aeroback…KV7479B…rm 70 sehari…round island..actualy x der round pun…

6 ptg..check in di putra hotel…bilik no 312..tingkat 3 la jawabnya…nama best..tapi..wakakaka…ni je yang x penuh bagi budget hotel…rm 80…hotel ni sebelah dengan balai polis trafik…dekat dengan barton hotel…and ada pasar malam kat depan barton hotel ni kalau datang hari sabtu…best jugak…kelainan?..satu yang nampak adalah cara jualan barangan seperti pakaian dan kasut..semuanya pada harga rm 10 sepasang atau sehelai pakaian…senang kira kot…

permandangan dari bilik hotel…nampak masjid pekan kuah…

aku amik winet wifi kat baron hotel semalam..rm 10 bagi satu cad..valid selama 24 jam dari time kad di aktifkan…well…hampeh je services dia…highspeed dah jadik cam 3g je…apa barang….

kadang-kadang heran aku..menda ni pun nak di businesskan..lain tempat dah kasi pree..udah tu services cam hampas kelapa je…

winet services card..

18 hb…pagi…belum keluar lagi…x tau nak buat apa hari ni…

10pagi.. pergi beli minyak gamat…ni wife aku punya plan…apa yang best aku x tau la…then pi makan kat kedai di pekan kuah…sebelum tu gi tabung haji…

makan kat pekan kuah..kena caj dalam rm 9.60 je…actualy murah lagi dari kat taiping…well kalau rajin carik kedai..for sure akan dapat kedai yang murah kat langkawi nih…

hari ni ambil tiket balik jam 1.30 petang…la ni baru 11.55 pagi..tunggu wife aku pi shopping kat pekan kuah..anak-anak suma tido kat dlam keta..so aku pun kena la dok dalam keta…xleh gi shopping sesama..lagi pun xder pun menda yang aku nak kat sini..even kamera idaman aku pun masih lagik mahal gilos…baik pi beli kat singapore…aparaaa….

tambang feri dah naik…la ni dah rm 23 bagi dewasa dan 17 bagi kanak-kanak…so kami berempat kena beli 3 tiket je..sebab anak bujang aku sorang tu baru 2 tahun je…anak dara aku dah kena tiket la…

nanti sambung lagi…

12.30 tengah hari dah..muka bini aku pun belum nampak lagi mana pi…leka kot..jangan sampai terlepas feri udah le…

12.45 baru abis shopping…coklate la..apa lagi…then hantar kereta..minyak setengah tangki ada lagi…huhu..nasib la..sebab isi rm 30 punya pasal…

boarding kat jeti pukul 1 tengah ari…then naik feri jam 1.30 ptg…huh…sesak!…3 petang baru sampai ke kuala kedah..lama tul la..ingat sejam je..feri ni macam slow la plak…

amik kereta kat tempat parking..rumah bang mat…013-4109021 kena la rm 30 bagi sehari semalam…yang baiknya kalau air naik..x tenggelam..buruknya..mahai la…

balik..trus naik highways…singgah kat gurun rnr..untuk makan…then sampai umah dalam 6.40 ptg…

kos bagi perjalanan ni… lebih kurang…

minyak kereta.. rm 40, tol rm 42..mahal tol dari minyak…

feri..rm 126..pergi balik bagi 3 orang..dewasa 2 dan kanak-kanak sorang..anak lelaki aku di kecualikan le…

hotel..rm 80 semalam..sewa kereta..rm 70 sehari semalam..24 jam le..makan-makan..dalam rm 100…plus shopping…ni kena tanya bini aku..sebab duit dia…

tu je la trip ke langkawi…